⋆◕‿◕⋆ TAMADUN ISLAM ⋆◕‿◕⋆
ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ ღ
Beberapa orang sarjana Islam seperti
Muhammad Asad (sarjana dari Iran)
dan
Ali Shari’ati
menekankan peranan Islam sebagai faktor penting dam pembentukan Tamadun Islam. Muhammad Asad menyifatkan Tamadun Islam sebagai satu ‘tamadun yang bersifat ideologi’ dan al-Quran adalah sumber ideologi tersebut. Faktor kedua, pembentukan Tamadun Islam ialah ‘Syari’ah. Tamadun Islam mementingkan daya intelektual dalam setiap motifnya.Ia berkembang merangkumi bidang-bidang yang luas, menetapkan aspek kehidupan individu dan masyarakat yang dikenali sebagai ‘syariah’.
Prof. Richard E.Sullivan (sarjana Barat)
menekankan bahawa peranan agama dalam pembentukan Tamadun Islam. Tamadun Islam adalah hasil dari agama itu sndiri.
Matlamat Tamadun Islam
Tamadun Islam merupakan hasil yang dicetuskan sendiri oleh agama Islam berdasarkan ciri-ciri yang telah digariskan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya. Oleh itu, Tamadun Islam mempunyai tiga matlamat utama iaitu :
✔ Hubungan manusia dengan Allah (Hablumminallah)
Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang telah dijadikan olh Allah SWT.Kejadian yang dirancangkan untuk kebahagiaan dunia. Oleh itu, Allah SWT telah menjadikan manusia dengan tujuan untuk menghambakan diri kepadaNya, iaitu untuk beribadat kepadaNya seperti yang diterangkan di bawah :
“Dan tidak kami menjadikan Jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah kepada Kami”
(surah az-Zariat : 56)
✔ Hubungan manusia dengan manusia (hablumminannas)
Hubungan manusia dengan manusia yang lain bukan sahaja daripada segi menghambakan diri kepada Allah tetapi sebagai sebuah keluarga yang berasal daripada jiwa yang satu. Ini bererti tiap-tiap manusia itu wajib menganggap manusia lain tanpa mengira bangsa,tempat dan warna kulit sebagai mempunyai hak yang sama daripada segi kemanusiaan dan kebebasan.
“Wahai manusia !Sesungguhnya kami telah jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan bangsa-bangsa dan puak-puak untuk kamu kenal mengenali antara satu sama lain…”
(surah al-hujurat : 13)
✔ Hubungan manusia dengan Alam (habluminal’alam)
Allah SWT telah menjadikan alam yang penuh dengan hidup-hidupan dan tumbuh-tumbuhan, udara yang nyaman, air yang bersih, cahaya yang menyegarkan dan dijadikan siang dan malam silih berganti adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia.Manusia dalam hubungan ini merupakan makhluk yang telah diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah kepada alam.Segala kemakmuran dan kerosakan yang berlaku di alam ini akan
dipersoalkan oleh Allah SWT. Di tangan manusia terletaknya kemakmuran alam
dan segala penghuninya. Ini ditegaskan oleh Allah SWT seperti di bawah:
dipersoalkan oleh Allah SWT. Di tangan manusia terletaknya kemakmuran alam
dan segala penghuninya. Ini ditegaskan oleh Allah SWT seperti di bawah:
“Dan Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi ini untuk kamu semua”
(surah al_Baqarah : 29)
“Jangan kamu melakukan kerosakan di muka bumi ini”
(Surah al-Baqarah : 11)
(Surah al-Baqarah : 11)
Dasar-dasar Tamadun Islam ialah untuk memelihara enam perkara berikut:
✿ Memelihara Keselamatan Akidah (agama)
Akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kukuh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terhurai. Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang dirasa atau dilihat seperti talil dan seumpamanya.Sesungguhnya Islam amat memandang berat tentang memelihara keselamatan akidah kerana akidah itu merupakan perkara dasar yang menentukan pegangan agama dan keimanan seseorang.Akidah orang Islam dilihat kepada kekuatan iman seseorang dalam memperhambakan dirinya kepada Allah dalam konsep yang sebenar iaitu berpandukan Al-Quran dan As Sunnah. Sejarah ketamadunan Islam menjelaskan bagaimana Rasulullah menyatukan jentera-jentera Islam dengan nilai-nilai akidah yang kukuh dalam jiwa sanubari umat Islam hingga terbentuknya sebuat negara Islam yang pertama dan terhebat dirantau Arab ketika itu.
✿ Memelihara jiwa dan Nyawa
Jiwa atau nyawa adalah amanah Allah kepada manusia.Manusia wajib memeliharanya supaya tidak ditimpa kebinasaan.Orang yang membinasakan jiwa dan nyawanya atau orang lainmerupakan satu jenayah dan akan menerima hukuman yang berat daripada Allah.Pembunuhan hanya dibenarkan oleh sebab-sebab yang ditentukan oleh syariat.
‘Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan mematikan dan kamilah yang kekal memiliki segala-galanya. Oleh sebab itu,menodai atau menceroboh ke atas nyawa seseorang bermakna menceroboh ke atas masyarakat”
(Surah al-Hijr : 23)
(Surah al-Hijr : 23)
✿ ܓ Dengan Pengakuan hak hidup ini telah melahirkan beberapa
hukum yang berhubung dengannya.
✿ ܓ Tiap perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dengan hidup dan membawa keselamatan tubuh badan dikira wajib seperti
memelihara kesakitan, merawat dan mencegah
daripada penyakit atau mengawal wabak daripada merebak.
✿ ܓ Perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan mengancam nyawa atau melemahkannya adalah haram.
✿ ܓ Perkara yang boleh memelihara kehidupan hukumnya wajib seperti makan, minum dan berpakaian.
✿ ܓ Perkara yang dapat mengelakkan diri daripada mati adalah harus bahkan kadang-kadang dianggap wajib iaitu dengan
itu ia boleh menghindarnya daripada mati.
✿ Memelihara Akal dan Fikiran
Akal adalah keistimewaan manusia yang bermakna di kalangan makhluk di dunia.Ia membezakan cara kehidupan manusia daripada makhluk-makhluk lain.Dengan akal manusia dapat menyusun kehidupan ke tahap yang sempurna dan maju.Akal fikiran juga boleh menaikkan darjah manusia ke taraf yang paling mulia di kalangan sesame manusia dan di sisi Allah SWT.Dengannya juga manusia dapat menilai tiap-tiap perlakuannya sama ada baik atau buruk.Orang yang belum berakal atau cacat akalnya tidak ditaklifkan perintah ke atasnya. Islam juga mewajibkan kepada umatnya agar menuntut ilmu seumur hidup seperti yang diterangkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tuntutlah ilmu pengetahuan sejak kamu dalam buaian hingga kamu ke liang lahad.”
~Riwayat Ibnu Abdul Bar~
~Riwayat Ibnu Abdul Bar~
✿ Memelihara Maruah dan Keturunan
Memelihara maruah dan kehormatan dan keturunan juga adalah dasar Tamadun Islam.Ini kerana Islam menganggap manusia yang beriman adalah jenis makhluk yang paling mulia di sisi Allah.Kejadian manusia juga adalah kejadian yang paling baik dan sempurna.Oleh itu, manusia wajib memelihara keistimewaan yang ada pada diri mereka dengan memelihara maruahnya supaya tidak jatuh menjadi makhluk yang rendah atau hina.Maruah atau kehormatan individu itu memerlukan tiap-tiap orang mendapat hak untuk melindungi dan menjaga kehormatan diri, mengawal kedudukan, mencari rezeki dan sebagainya.
✿ Memelihara Harta Benda
Islam juga memelihara dan melindungi hak milik atau harta kepunyaan manusia.Ia adalah sama dengan kehormatan jiwa manusia itu sendiri, seperti yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud :
“ Kehormatan harta seseorang itu sama dengan kehormatannya”
Jadi, manusia dituntut supaya mencari rezeki hidup dan kekayaan dalam dunia ini dan diperuntukkan untuk dinikmati bersama oleh manusia mengikut usaha masing-masing.Hakikatnya, segala yang ada di langit dan di bumi adalah hak ciptaan Allah kerana Dialah yang mencipta dan menjadikannya.Harta bukanlah merupakan matlamat hidup manusia cuma ia menjadi jalan untuk kepentingan bersama.Orang yang menjadikan harta sebagai matlamat hidupnya tidak akan merasa puas dan mereka akan terus tenggelam ke dalam arus nafsu yang tidak habis-habis.
· Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya ihya’ Ulum al-Din “Barangsiapa yang mengambil kekayaan lebih daripada keperluannya, maka ia akan bertemu dengan kebinasaan”
✿ Memelihara Hak Dan Kebebasan
Hak kebebasan ini tidak boleh dicerobohi atau dicabut daripada manusia melainkan dalam keadaan darurat, iaitu pada masa mempertahankan kemerdekaan dan keselamatan bagi umat islam. Hak kebebasan ini merangkumi kebebasan bercakap, bersuara dan lainnya serta kebebasan berfikir adalah kebebasan utama manusia.
“kepada engkaulah sahaja kami sembah dan kepada
engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”
engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”
(surah Al-Fatihah:4 – 5)
Kata-kata ini diulang sebanyak lima kali sehari semalam di dalam sembahyang sebagai pengakuan membebaskan diri daripada sebarang bentuk penyembahan terhadap selain Allah Taala.
Manusia harus di beri kebebasan dalam menyatakan dan melahirkan pendapatnya tanpa dibelenggu oleh undang-undang. Ini ditegaskan dan disarankan oleh Rasulullah SAW seperti dibawah:
“katakanlah olehmu perkara benar sekalipun ia pahit”
Kebebasan beragama merupakan suatu yang dijamin oleh Islam berdasarkan beberapa prinsip penting:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tiada paksaan ke atas seseorang untuk memeluk Islam,
maka tidak sah seseorang yang memeluk Islam secara paksa.
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Kebebasan dalam mengamalkan agama.
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Kebebasan dalam mengamalkan perkara-perkara yang dibenarkan dalam agama mereka, sekalipun ditegah bagi orang Islam.
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Kebebasan dalam menjalankan undang-undang yang berhubung dengan kehidupan seperti undang-undang perkahwinan, cerai dan nafkah.
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Memelihara hak-hak mereka menjaga kehormatan, memberi kebebasan kepada mereka untuk berbincang dalam suatu hal dalam batasan kewarasan fikiran, logik dan peradaban.
Islam telah memberi kebebasan sepenuhnya kepada manusia dalam menentukan corak agama dan kepercayaannya tanpa sebarang paksaan dengan berpandukan ayat yang dikurniakan Allah SWT. Allah berfirman :
“Bagimu agamamu dan bagiku agamaku”
(Surah Al-Kafirun : 5)
Islam juga menjamin kebebasan berpolitik dan kebebasan peribadi
Kebebasan berpolitik mengandungi dua kebebasan :
=► Bersama-sama dalam masalah kehakiman (undang-undang) dan dalam pemilihan kepimpinan.
=► Mengawasi tindak tanduk pemimpin serta menegurinya, di samping mengemukakan pandangan dan fikiran.
Manakala asas dalam kebebasan peribadi atau diri pula berdasarkan asas :
=► Asas pemikiran yang membayangkan keindahan dan kesempurnaan Islam.
=► Memperbanyakkan cara dan kaedah yang dapart membawa kepada pembebasan hamba melalui perundangan.
=► Menggalakkan manusia untuk membebaskan hamba dan menganggapnya sebagai suatu cara taatkan Allah dan taqwa kepadanya.
Kesimpulan Tamadun Islam
Kesimpulan bagi tamadun Islam kepada perkembangan masyarakat Melayu
sejak kedatangannya hingga hari ini, tiada siapa yang dapat
mempertikaikannya.Islam telah meletakkan batu asas perkembangan
dan pencapaian tamadun manusia yang paling serasi
dan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia itu sendiri
iaitu gabungan di antara unsur kerohanian dan kejasmanian.
Asas pembentukan tamadun Islam iaitu wahyu daripada Allah SWT
bertanggunjawab menjadikan tamadun Islam itu sebagai yang paling
unggul dan sempurna yang telah dapat memberikan kebahagiaan,
keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada manusia sejagat.



No comments:
Post a Comment