PENGENALAN KEPADA TAMADUN
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.
Perkataan tamadun berasal daripada Bahasa Arab iaitu perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud iaitu tinggi budi bahasa dan membukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban.
Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat barat tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam
hal-hal kebudayaan seperti penulisan,undang-undang,kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan sarjana barat misalnya Gordon Childe pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kepada kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Darcy Riberio dan R.A.Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses pengembangan tamadun.
Menurut Islam tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib Al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.
Secara umumnya konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah,tatasusila dan moral.
MENURUT PANDANGAN SARJANA ISLAM
Ibn Khaldun
Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Beliau juga mengemukan aspek-aspek yang terangkum dalam perbahasan tamadun, iaitu kenegaraan,perancangan Bandar,sosio ekonomi,sains,pelbagai pengetahuan dan kesenian.Beliau juga menganggap bahawa kehidupan bandar ialah kehidupan bertamadun. Kehidupan bandar terbentuk apabila lahir semangat assabiah atau kekitaan.Hasilnya wujud semangat bekerjasama dan saling membantu.
Sayid qutb
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat ALLAH SWT serta bercirikan nilai-nilai moral Islam. Beliau menolak sama sekali tanggapan bahawa tamadun atau kemajuan itu merujuk kepada kemajuan produk kebendaan dan peralatan yang canggih. Menurutnya, masyarakat yang berperadaban itu pertama sekali dinilai dari dasar akidahnya, sistem nilai, tingkah laku, hubungan dan aturan sosialnya, bukan kemajuan kebendaan semata-mata. Peradaban baginya ialah “peradaban tauhid” yang dilahirkan oleh sistem Islam yang menyempurnakan manusia dengan kemanusiaannya, menimbulkan makna sebenar ubudiyyah kepada ALLAH SWT dan keseimbangan yang menyeluruh dalam kehidupan individu dan masyarakat.
Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
Tamadun bermaksud keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya.
MENURUT PANDANGAN SARJANA BARAT
A.S Hornby
Di dalam bukunya The Progressive English Dictionary menjelaskan civilization membawa maksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.
Arnold Toynbee
Tamadun ialah system masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi,system politik,pengetahuan dan seni.
Will Durant
Tamadun adalah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, system politik, tradisi moral dan kesenian.
CIRI-CIRI TAMADUN
Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif.Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka.Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam
kedua-dua aspek ini.
Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun.Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.
Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka.
Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar, sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran.Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.
Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal.Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.
Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.

No comments:
Post a Comment