~ Selamat Datang Ke Blog Titas Kami ~

Friday, 23 March 2012

⋆◕‿◕⋆ TAMADUN CINA ⋆◕‿◕⋆ 
ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿


 Merupakan salah satu tamdun yang tertua di dunia.Tamadun China bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan).Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai The Painted Culture” dan “The Black Pottery Culture”.


 Latar belakang Perkembangan Tamadun  China

 ツ Zaman Permulaan

Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, 
Shang dan Chou. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal.
Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini.
Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme
 dan The Hundred Schools of Thought. 

  Zaman Pertengahan/keagungan 

Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang.
Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan 
dalam tamadun China kerana pencapaiannya
 dalam pelbagai bidang seperti sains, kesusasteraan,
 pentadbiran, agama dan sebagainya. 

 ツ Zaman Peralihan

Zaman ini merujuk kepada kedatangan 
atau pencerobohan orang Gazar ke atas
China.Negara China buat pertama kalinya 
diperintah oleh orang luar.Abad ke-13,
China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan
 Dinasti Song.China kembali berkuasa dengan
 kemunculan Dinasti Ming pada abad ke-15,
China sekali lagi diperintah oleh orang asing iaitu orang Manchu. 

 ツ Zaman Moden 

Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran
 kepada China.Bermulanya pengaruh barat meresap ke
 dalam tamadun China. Pada tahun 1839-1842
China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu.
Barat memperkenalkan konsep 
“ Most Favored Nation”.China mengadakan pemulihan
 negara dengan melancarkan “Gerakan Menguatkan Diri” (1861-1895) 
dan “Reformasi Seratus Hari” (1898) tetapi gagal. 


Kepercayaan dan falsafah masyarakat Cina

Masyarakat Cina merupakan penganut pelbagai aliran agama 
dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan adat resam.
 Mereka mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat
 memberikan kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan.
Agama orang Cina lebih berupa kepercayaan yang berlandaskan 
pegajaran ahli falsafah seperti Buddha, Confucious dan Lao Tze. 

Kosmologi Cina

 Tian- Tian

Merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga.
 Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai 
kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. 

 Di/Ti

Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep 
Tian di mana Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara. 

 Dao/Tao

Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan. 
Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan
 baik atau buruk seseorang.

 Konsep Yin dan Yang

Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili 
perempuan – pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. 
Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas, cerah,kering, keras.
 Dalam bentuk fizikal Yang-langit dan Yin-bumi. 

 Konsep “The Golden Mean” atau Chung

Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, 
tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan.

 Konsep The Grand Unity atau Ta Tung

Merujuk kepada prinsip/cara mengelakkan kesakitan dan 
penderitaan serta cara mendapatkan keseronokan yang maksima. 

Kepercayaan berdasarkan ahli falsafah China  

••► Confucious

Di asaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m.
Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia.
Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang. 

••► Taoisme/Daoisme

Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”.
Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab
 mereka untuk mengembalikan keharmonian.
Mendukung aspek dualisme serta menekankan 
keserasian melalui konsep Yin dan Yang. 

••► Legalisme

Dihasilkan oleh Hsun-Tzu.Ajarannya tidak menekankan moral, 
tetapi merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic.
Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan
undang-undang yang ketat.Emosi dan keinginan manusia 
mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan. 

••► Mo-Tzu

Dilahirkan oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou.
Menekankan “universal love” dan persamaan taraf.
Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan.
Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi. 

••► Humanisme

Merupakan asas falsafah
China dan mementingkan soal kemanusiaan.
Menekankan sifat kasih saying dan hormat menghormati. Kepercayaan dan agama orang Cina seperti penyembahan nenek moyang, Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama pembangunan akhlak, agama Islam, Kristian dan Ateisme. 

Sistem sosial masyarakat Cina

Sistem sosial masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, 
penyatuan, keharmonian social, kebaikan moral, tanggungjawab
 secara kolektif dan kumpulan.Asas utama hubungan sosial ini ialah
 konsep jen-ch’ing iaitu tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan masyarakat.
Perkara paling jelas dalam sistem sosial masyarakat Cina ialah 
pentingnya konsep kekeluargaan yang dikenali sebagai Lima Hubungan iaitu:

»» Hubungan antara suami dengan isteri.
»» Hubungan bapa dengan anak.
»» Hubungan adik beradik.
»» Hubungan pemerintah dan rakyat.
»» Hubungan antara kawan-kawan.

 Sains dan teknologi

Asas penting perkembangan sains dan teknologi
China ialah : 

Konsep Yin dan Yang
Teori Lima Unsur 

Bidang-bidang Utama Perkembangan Ilmu Sains di China:

 a) Bidang Perubatan- Bermula sejak kurun ke-2 masehi. Karya perubatan yang terkenal  
 Inner Cannon (Nei Ching) -rekod teori-teori perubatan China.   
Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine -teori dan falsafah perubatan
(China klasik – kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman) 

Treaties on Diseases Caused by Cold Factors – ditulis oleh Chang Chung Ching. 
 Material Medica-ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensaiklopedia yang mengandungi hampir 2,000 jenis perubatan. 

b) Bidang Matematik- Dua karya matematik yang terkenal  
 Chou Pei Suan King – mengenai calendar, cara tentukan masa melalui baying.  
 Chiu Chan Suan Shu – mengandungi 9 bab mengenai
 ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik.

Ahli matematik China yang terkenal   

 Liu Hiu   
 Li Zhi   
♥ Li Shanlan 

c) Bidang Astronomi
✿ Dinasti Chou – pembuatan catalog bintang, kejadian gerhana, 
komet dan penggunaan gnomon dan clepsydra. 

Sumbangan Tamadun China di Bidang Sains dan Teknologi:

1.    Alkimia
2.    kompas
3.    serbuk letupan
4.    kertas
5.    percetakan
6.    seismoskop

Islam di China
    
Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang Cina. 
Islam dipercayai telah datang ke China pada abad ke-17.
Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan mereka
 terdiri daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, 
Tajik, Uzbek, Bao’an dan Tartar.Terdapat lebih daripada 
26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di China.

Catatan-catatan Tentang Islam di China

Kehadiran 4 orang pendakwah di
China semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti) iaitu:

  Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais).
    Kai-su (Qais bin Hudhafah).
    Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman).
♡ Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith).

Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam bin Abdul Malik 
khalifah Bani Umaiyyah) pada tahun 725 masehi mengadap 
Maharaja Tang Xuan Zong (Dinasti Tang).Pada tahun 1224, 
seorang Islam-Abdul Rahman dilantik sebagai 
Ketua Kewangan Dinasti Yuan.
Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari
Bukhara dilantik sebagai Gabenor Wilayah
Yunnan.
Syed Ali Akhbar yang mendiami
Peking (Beijing) 
 sejak abad ke-15 menceritakan 
tentang kehidupan orang Islam di seluruh China. 

Pembesar dan Ulama Islam di China

Cheng Ho,Ma Huan-menghasilkan buku Ying Yai Syeng Ian.
Liu Zhi-penulisan buku ilmu tauhid, falsafah, sirah Nabi Muhammad dan lain-lain.
Karya beliau yang terulung Tien Fang Hsing Li.
Buku ini mengandungi hal berkaitan kosmologi,
 kejadian alam, kejadian makhluk dan keEsaan Allah.
Ma Hua-Lung-pemimpin masyarakat Islam di China dan
 menjadikan Chin-chi-pu sebagai pusat perkembangan Islam. 

Sumbangan Islam di China Terhadap Ilmu Sains dan Teknologi 

 Bidang Perubatan
Banyak bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke China. 
Penulisan buku perubatan oleh seorang Islam bernama Li Xun. 
Buku Hui Yao (kaedah perubatan Muslim). Li Shu Sao menjalankan perniagaan perubatan. 
Yang Fen de (1833-1899) mendirikan gedung perubatan sembahyang chiejin tan.
Bai yin sheng (1889-1963) mendirikan farmasi-Huaxi da
yao fa. Ma yinsheng (1899-1984) pakar doktor wanita.
Yang  tuan shen (1898-1953) mendirikan klinik kesihatan untuk bangsa Hui. 
Buku perubatan mata Bu Chi Fad an Ben Chao Kan Mu-menggunakan kaedah perubatan Islam. 

 Bidang Astronomi dan Matematik
Kaedah perkiraan dari Arab dibawa masuk ke
China yang dikenali sebagai xiyi Lishu. Penggunaan calendar Islam.
 Penciptaan peralatan astronomi oleh seorang Islam (Jamaluddin) 
iaitu alat melihat cuaca, alat bumi, alat bebola langit, 
alat rata lengkongan dan alat curang lengkongan. 

 Bidang Ketenteraan
Afendi Shamsudin mencipta meriam Hui Hui dan meriam Xiyi. 

 Bidang Ilmu Pengetahuan
Pembinaan masjid dan dewan untuk membaca Al-Quran, taman, 
perkuburan dan seni bina Islam.

  Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik Pelayaran
Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China melintasi 
Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran
 ilmu pelayaran dan pembinaan kapal.Berkaitan dengan ilmu pelayaran
 lahir pula ilmu astronomi, penggunaan kompas dan
 kaedah mengukur kedalaman air laut. 

Kesimpulan Tamadun China    
  
Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
 dan agak unik jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di Asia.
 Ini memandangkan tamadun China telah maju dalam 
pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. 
Negara China seharusnya dijadikan contoh kepada
 negara-negara lain di Asia terutamanya kepada negara Islam. 
Ini melihat kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w 
yang berbunyi ”tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”.


Rujukan

·  ˜˜”*°•★ Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus 
Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam
·    ˜˜”*°•★  Sulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi Masa Kini.
 Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
·      ˜˜”*°•★    Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun Islam.
Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
·   ˜˜”*°•★  Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah
 Perkembangan Tamaddun Dunia, 
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka


2 comments:

  1. its a great blog to viewing. educational thing. really helps whose searching for interactive history. but beware with the colour, choose it wisely so the reader wont sleep in reading it. hehehe... most of great

    ReplyDelete
  2. hehehehe,yelah2 testing colour je baru =) ha yg ni ok? quite simple..

    ReplyDelete