~ Selamat Datang Ke Blog Titas Kami ~

Friday, 23 March 2012

⋆◕‿◕⋆ TAMADUN CINA ⋆◕‿◕⋆ 
ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿


 Merupakan salah satu tamdun yang tertua di dunia.Tamadun China bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan).Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai The Painted Culture” dan “The Black Pottery Culture”.


 Latar belakang Perkembangan Tamadun  China

 ツ Zaman Permulaan

Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, 
Shang dan Chou. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal.
Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini.
Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme
 dan The Hundred Schools of Thought. 

  Zaman Pertengahan/keagungan 

Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang.
Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan 
dalam tamadun China kerana pencapaiannya
 dalam pelbagai bidang seperti sains, kesusasteraan,
 pentadbiran, agama dan sebagainya. 

 ツ Zaman Peralihan

Zaman ini merujuk kepada kedatangan 
atau pencerobohan orang Gazar ke atas
China.Negara China buat pertama kalinya 
diperintah oleh orang luar.Abad ke-13,
China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan
 Dinasti Song.China kembali berkuasa dengan
 kemunculan Dinasti Ming pada abad ke-15,
China sekali lagi diperintah oleh orang asing iaitu orang Manchu. 

 ツ Zaman Moden 

Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran
 kepada China.Bermulanya pengaruh barat meresap ke
 dalam tamadun China. Pada tahun 1839-1842
China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu.
Barat memperkenalkan konsep 
“ Most Favored Nation”.China mengadakan pemulihan
 negara dengan melancarkan “Gerakan Menguatkan Diri” (1861-1895) 
dan “Reformasi Seratus Hari” (1898) tetapi gagal. 


Kepercayaan dan falsafah masyarakat Cina

Masyarakat Cina merupakan penganut pelbagai aliran agama 
dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan adat resam.
 Mereka mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat
 memberikan kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan.
Agama orang Cina lebih berupa kepercayaan yang berlandaskan 
pegajaran ahli falsafah seperti Buddha, Confucious dan Lao Tze. 

Kosmologi Cina

 Tian- Tian

Merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga.
 Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai 
kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. 

 Di/Ti

Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep 
Tian di mana Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara. 

 Dao/Tao

Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan. 
Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan
 baik atau buruk seseorang.

 Konsep Yin dan Yang

Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili 
perempuan – pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. 
Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas, cerah,kering, keras.
 Dalam bentuk fizikal Yang-langit dan Yin-bumi. 

 Konsep “The Golden Mean” atau Chung

Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, 
tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan.

 Konsep The Grand Unity atau Ta Tung

Merujuk kepada prinsip/cara mengelakkan kesakitan dan 
penderitaan serta cara mendapatkan keseronokan yang maksima. 

Kepercayaan berdasarkan ahli falsafah China  

••► Confucious

Di asaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m.
Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia.
Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang. 

••► Taoisme/Daoisme

Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”.
Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab
 mereka untuk mengembalikan keharmonian.
Mendukung aspek dualisme serta menekankan 
keserasian melalui konsep Yin dan Yang. 

••► Legalisme

Dihasilkan oleh Hsun-Tzu.Ajarannya tidak menekankan moral, 
tetapi merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic.
Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan
undang-undang yang ketat.Emosi dan keinginan manusia 
mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan. 

••► Mo-Tzu

Dilahirkan oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou.
Menekankan “universal love” dan persamaan taraf.
Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan.
Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi. 

••► Humanisme

Merupakan asas falsafah
China dan mementingkan soal kemanusiaan.
Menekankan sifat kasih saying dan hormat menghormati. Kepercayaan dan agama orang Cina seperti penyembahan nenek moyang, Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama pembangunan akhlak, agama Islam, Kristian dan Ateisme. 

Sistem sosial masyarakat Cina

Sistem sosial masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, 
penyatuan, keharmonian social, kebaikan moral, tanggungjawab
 secara kolektif dan kumpulan.Asas utama hubungan sosial ini ialah
 konsep jen-ch’ing iaitu tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan masyarakat.
Perkara paling jelas dalam sistem sosial masyarakat Cina ialah 
pentingnya konsep kekeluargaan yang dikenali sebagai Lima Hubungan iaitu:

»» Hubungan antara suami dengan isteri.
»» Hubungan bapa dengan anak.
»» Hubungan adik beradik.
»» Hubungan pemerintah dan rakyat.
»» Hubungan antara kawan-kawan.

 Sains dan teknologi

Asas penting perkembangan sains dan teknologi
China ialah : 

Konsep Yin dan Yang
Teori Lima Unsur 

Bidang-bidang Utama Perkembangan Ilmu Sains di China:

 a) Bidang Perubatan- Bermula sejak kurun ke-2 masehi. Karya perubatan yang terkenal  
 Inner Cannon (Nei Ching) -rekod teori-teori perubatan China.   
Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine -teori dan falsafah perubatan
(China klasik – kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman) 

Treaties on Diseases Caused by Cold Factors – ditulis oleh Chang Chung Ching. 
 Material Medica-ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensaiklopedia yang mengandungi hampir 2,000 jenis perubatan. 

b) Bidang Matematik- Dua karya matematik yang terkenal  
 Chou Pei Suan King – mengenai calendar, cara tentukan masa melalui baying.  
 Chiu Chan Suan Shu – mengandungi 9 bab mengenai
 ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik.

Ahli matematik China yang terkenal   

 Liu Hiu   
 Li Zhi   
♥ Li Shanlan 

c) Bidang Astronomi
✿ Dinasti Chou – pembuatan catalog bintang, kejadian gerhana, 
komet dan penggunaan gnomon dan clepsydra. 

Sumbangan Tamadun China di Bidang Sains dan Teknologi:

1.    Alkimia
2.    kompas
3.    serbuk letupan
4.    kertas
5.    percetakan
6.    seismoskop

Islam di China
    
Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang Cina. 
Islam dipercayai telah datang ke China pada abad ke-17.
Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan mereka
 terdiri daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, 
Tajik, Uzbek, Bao’an dan Tartar.Terdapat lebih daripada 
26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di China.

Catatan-catatan Tentang Islam di China

Kehadiran 4 orang pendakwah di
China semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti) iaitu:

  Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais).
    Kai-su (Qais bin Hudhafah).
    Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman).
♡ Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith).

Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam bin Abdul Malik 
khalifah Bani Umaiyyah) pada tahun 725 masehi mengadap 
Maharaja Tang Xuan Zong (Dinasti Tang).Pada tahun 1224, 
seorang Islam-Abdul Rahman dilantik sebagai 
Ketua Kewangan Dinasti Yuan.
Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari
Bukhara dilantik sebagai Gabenor Wilayah
Yunnan.
Syed Ali Akhbar yang mendiami
Peking (Beijing) 
 sejak abad ke-15 menceritakan 
tentang kehidupan orang Islam di seluruh China. 

Pembesar dan Ulama Islam di China

Cheng Ho,Ma Huan-menghasilkan buku Ying Yai Syeng Ian.
Liu Zhi-penulisan buku ilmu tauhid, falsafah, sirah Nabi Muhammad dan lain-lain.
Karya beliau yang terulung Tien Fang Hsing Li.
Buku ini mengandungi hal berkaitan kosmologi,
 kejadian alam, kejadian makhluk dan keEsaan Allah.
Ma Hua-Lung-pemimpin masyarakat Islam di China dan
 menjadikan Chin-chi-pu sebagai pusat perkembangan Islam. 

Sumbangan Islam di China Terhadap Ilmu Sains dan Teknologi 

 Bidang Perubatan
Banyak bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke China. 
Penulisan buku perubatan oleh seorang Islam bernama Li Xun. 
Buku Hui Yao (kaedah perubatan Muslim). Li Shu Sao menjalankan perniagaan perubatan. 
Yang Fen de (1833-1899) mendirikan gedung perubatan sembahyang chiejin tan.
Bai yin sheng (1889-1963) mendirikan farmasi-Huaxi da
yao fa. Ma yinsheng (1899-1984) pakar doktor wanita.
Yang  tuan shen (1898-1953) mendirikan klinik kesihatan untuk bangsa Hui. 
Buku perubatan mata Bu Chi Fad an Ben Chao Kan Mu-menggunakan kaedah perubatan Islam. 

 Bidang Astronomi dan Matematik
Kaedah perkiraan dari Arab dibawa masuk ke
China yang dikenali sebagai xiyi Lishu. Penggunaan calendar Islam.
 Penciptaan peralatan astronomi oleh seorang Islam (Jamaluddin) 
iaitu alat melihat cuaca, alat bumi, alat bebola langit, 
alat rata lengkongan dan alat curang lengkongan. 

 Bidang Ketenteraan
Afendi Shamsudin mencipta meriam Hui Hui dan meriam Xiyi. 

 Bidang Ilmu Pengetahuan
Pembinaan masjid dan dewan untuk membaca Al-Quran, taman, 
perkuburan dan seni bina Islam.

  Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik Pelayaran
Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China melintasi 
Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran
 ilmu pelayaran dan pembinaan kapal.Berkaitan dengan ilmu pelayaran
 lahir pula ilmu astronomi, penggunaan kompas dan
 kaedah mengukur kedalaman air laut. 

Kesimpulan Tamadun China    
  
Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
 dan agak unik jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di Asia.
 Ini memandangkan tamadun China telah maju dalam 
pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. 
Negara China seharusnya dijadikan contoh kepada
 negara-negara lain di Asia terutamanya kepada negara Islam. 
Ini melihat kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w 
yang berbunyi ”tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”.


Rujukan

·  ˜˜”*°•★ Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus 
Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam
·    ˜˜”*°•★  Sulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi Masa Kini.
 Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
·      ˜˜”*°•★    Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun Islam.
Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
·   ˜˜”*°•★  Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah
 Perkembangan Tamaddun Dunia, 
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka


 ⋆◕‿◕⋆ TAMADUN INDIA ⋆◕‿◕⋆ 
ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿


Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.


Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.


Matlamat Tamadun India


ღ✿ღ Pentadbiran dan perundangan ღ✿ღ

Pada tahap awal pembentukannya,tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan,iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.

Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak. Kedudukan seseorang ini kemudian diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.


Chandragupta Maurya 

telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India.Hal ini mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush.Ibu negerinya terletak di Paliputra.Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka.Asoka telah menamatkan perang saudara dan menakluk Kalinga selepas Perang Kalinga.Asoka lebih menekan kepada kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.

ღ✿ღ Peningkatan ekonomi ღ✿ღ


Antara pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga,Kalinga, dan Karusa yang menghasilakan senjata,gading gajah, emas, berlian dan mutiara.Hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara. Antara pelabuhan yang penting yang menghubungkan India dengan negara luar termasuklah Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur, serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat.

Perkembangan pesat sektor ekonomi ini telah merangsang kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai stresthin di setiap bandar. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan, dan gaji pekerja. Undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan dan perlaksanaan undang-undang telah diawasi raja. Mata wang telah digunakan sebagai medium jual beli.Semasa Zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunakan. Penggunaan mata wang dalam proses jual beli ini membuktikan bahawa pemerintah dalam tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik. Aktiviti perdagangan sejak Zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutamanya pengeluran tekstil, kain kapas dan suter.


ღ✿ღ Peningkatan sosial ღ✿ღ 

♥ஜ♥ Pendidikan ♥ஜ♥ 

Peningkatan dalam bidang pendidkan bermula pada Zaman Vedik.Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya.Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki.Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut.

Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah agama. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman.Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.

♥ஜ♥ Falsafah ♥ஜ♥ 

Falsafah wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad, Mahabharata, dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda. Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme. 

♥ஜ♥ Sains dan teknologi ♥ஜ♥ 

Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda.Ilmu matematik telah wujud dalam tamadun India dan berkembang pest pada Zaman Gupta. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkansistem nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani, iaitu herodianicdan ionic.Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga. 


♥ஜ♥ Seni bina  ♥ஜ♥ 

Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik.Hal ini dapat dilihat pada binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembangberdasarkan keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.


♥ஜ♥ Bahasa dan kesusasteraan  ♥ஜ♥ 

Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza. Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah seperti Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya.Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit. 
Tamadun India turut menghasilkan satera agama Hindu dan Buddha, antaranya termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat. Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.

♥ஜ♥ Sistem sosial  ♥ஜ♥ 

Dalam tamadun Indi,salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam sistem sosial ialah kewuujudan sistem kasta. Sistem ini merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang lain. Sistem ini mempunyai empat kasta utama,iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawabyang berbeza. Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan sistem ini diikuti dengan ketat. Berdasarkan sistem ini, abtara lainnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza. 



 ♥ஜ♥ Agama hindu ♥ஜ♥  

Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta.

Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Mosyak, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai. 




♥ஜ♥ Perluasan kuasa ♥ஜ♥ 

Perluasan kuasa berlaku semasa pemerintahna Dinasti Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya. Kejayaan ini adalah disebabkan pasukan tenteranya yang besar, iaitu 600 ekor gajah,1000 orang tentera berkuda dan 10000 orang infanti (tentera pejalan kaki). Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara .

Anaknya, Bindusara, meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. Kaedah perluasan kuasa telah berubah apabila Asoka berkuasa. Asoka telah tidak menekankan kekuatan ketenteraan sebagai asas untuk memperluas kuasa dan menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh dan kedudukan Maurya. Hal ini dilakukannya dengan memberikanpenekanan kepada agama Buddha. Pda zaman pemerintahan Asoka, seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut berlaku akibat daripada kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.